Hari ini, aku terkenang lagi...tentang erti sebuah kenangan, cerita lama dan sebuah kisah persahabatan yang menjadi igauan yang sering bermain di kotak fikiran..tentang cerita di sebuah pantai yang pada mulanya bagiku sama sahaja bunyi ombaknya dengan pantai-pantai lain yang pernah aku kunjungi.tapi pantai yang ini berbeza sekali.kenapa ya?sebab mungkin kerana pengalaman yang baru kurasa pada hari itu begitu menggamit perasaan dan juga memoriku.malam itu hujan renyai-renyai menjengah lagi setelah pada hari petangnya hujan sungguh lebat sekali seakan-akan sedia menyambut kedatangan kami di pangakalan ini.Pada petangnya aku tertidur dengan begitu lena sekali, mungkin kerana rasa letih yang menyelubungi diri sejak mula menaiki bas yang disewa khas membawa kami ke sana..
Selama ini, aku sekadar melihat saja bagaimana penjual ayam percik atau sate kelihatan bertungkus-lumus sekali tatkala mereka cuba untuk menyalakan api..tetapi pada malam sejarah itu, aku sendiri mencuba dan merasai pengalaman itu bila aku turut serta menyalakan api untuk membakar ayam dan juga sosej.terasa begitu sukar sekali rupanya.walaupun tidaklah sehebat atau secekap mereka, tapi aku bersyukur sekali, malah aku puas hati sendiri bila melihat api marak meratah arang yang hitam legam itu.alahai...
Malam itu, aku diminta menjadi pengerusi majlis bagi meraikan kawan-kawan yang datang. Umpama bidan terjun, aku biarkan saja lidahku mengatur kata. alhamdulillah..dapat kurasakan Tuhan mempermudahkan segala urusan serta perancanganku pada malam itu. selesai majlis tidak rasmi itu, aku sempat berbual malah bergambar dengan teman-teman yang baru ku kenali, nama-nama yang baru dalam kamus hidupku:arnie, satina, aisyah, hakim, halim, yus syakirin, arshad serta ramai lagi yang kukira begitu serasi sekali dengan jiwaku...
Esoknya, aku bangun paling awal, mengejutkan teman-teman sebilik denganku untuk menunaikan solat subuh berjamaah. alhamdulillah, dalam keadaan bilik serba sempit itu, ibadah rutin itu masih lagi dapat kami tunaikan. semuanya kerana rezeki, peluang serta ruang daripada Allah..aku bersyukur sendiri dalam hati...
Pada pagi itu, kami disajikan dengan pelbagai aktiviti permainan yang bagiku begitu menarik dan menghiburkan hati. aku kira, kawan-kawan yang lain juga turut merasakan perkara yang sama sepertiku berdasarkan riak wajah mereka yang begitu ceria. lihat sahaja gelagat si Faizal dan Maria yang mencuit hati seperti budak-budak, sedangkan mereka berdualah yang paling tua. itu belum termasuk celoteh si Satina yang petah berbicara yang ku fikir tanpanya mungkin suram dan biasa saja 'family day' kami pada kali ini...tetapi seperti biasa, aku sedar itu cuma sekadar dalam kiraanku dan tidak pernah lebih dari itu..
Dalam keseronokan itu, sayup-sayup dari jauh, anak mataku terlihat pada sebuah sampan kecil bersama pemiliknya yang aku fikir seorang nelayan pantai kelihatan terolang-oleng (aku kira, ini adalah bahasa ciptaanku sendiri) dilambung ombak. aku begitu tertarik sekali melihatnya. entah kenapa hatiku terasa begitu ingin sekali menaikinya. tapi jauh dari sudut itu, hatiku bermonolog sendiri, memujuknya bahawa sampan kecil itu bukan milikku...dan aku sedar akan hal tu..aku jerit pada Satina dan Aisyah, yang kedua-duanya baru aku kenali, supaya menggamit perhatian nelayan pantai itu supaya membawa mereka berdua pulang ke negeri kedah dengan menaiki sampan kecil tersebut..hm..ceria sekali ku lihat wajah mereka bila ku usik sebegitu...
Mungkin sudah menjadi rezeki untukku, sampan itu ku lihat dari jauh ditinggallkan oleh tuannya seketika..lantas aku ajak salah seorang daripada kawan-kawan aku itu pergi ke sampan itu untuk mencubanya.entah di tanganku kamera siapa yang aku pegang, aku bawa bersama..sebab dalam fikiranku ketika itu, peluang untuk bergambar kenangan di atas sampan itu mungkin terbuka cuma sekali, dan aku tidak harus mensia-siankannya begitu saja...kami berjalan, tetapi aku kadangkala berlari menuju ke sampan orang itu untuk melihat apa yang terisi di dalamnya..
bila sampai, aku lihat isinya ada..ada ikan-ikan kecil, udang dan paling tidak dapatku lupa, ikan sebelah..sebelah yang macam mana?entah, tidak pandai aku menjelaskannya. mungkin kerana aku tidak pernah melihat ikan yang aku sifatkan ganjil itu sebelum ini..itu pun setelah kawan aku itu yang tidak segan menjelaskan kepadaku yang ikan itu begitu dan begini...terima kasih padanya..
Gambar demi gambar kami ambil, seorang di tepi sampan, seorang di tengah sampan, seorang di atas sampan..macam-macam gaya ada..kelakar...tanpa kami sedari, rupanya kawan-kawan yang lain dari jauh memerhatikan kami dan terus berlari beramai-ramai menuju kepada kami...terasa begitu ramai pula...tetapi seperti kata orang, ramai-ramai membawa sepakat. maka sepakatlah kami mengambil tempat di samping sampan itu untuk mengambil gambar. tetapi sepakat yang kami fikir itu sebenarnya membuatkan pemilik sampan itu merasa kurang selesa...maklumlah, sampan itu kan kecil dan agak lusuh juga...
Penatnya...
Petang hari yang sama, kami bersiap bertolak pulang ke universiti. Bila menaiki bas, sempat aku intai ke sampan itu..sebenarnya bukan sampan itu semata, apa saja yang pernah menjadi kenangan, semua itu lah yang aku lihat semula..jauh dari sudut hati, aku berkata kepada diri, suatu hari nanti, aku akan datang semula..biarpun sampan buruk itu sudah tiada lagi, biarpun batang kelapa yang tumbang menyembah pasir halus pantai itu sudah tiada lagi..biarpun lampu-lampu kapal yang berkerlipan jauh di tengah lautan seperti malam itu sudah terpadam,tetapi pantai itu masih akan tetap ada dan wujud. meskipun bentuknya mungkin akan berubah bila terhakis dek ombak pantai..sebab aku pernah memiliki kenangan di situ. pantai pangkalan itulah yang aku belajar darinya banyak perkara, tentang erti persahabatan, kawan, dan macam-macam lagila. namun aku selalu berharap, mudahan sampan, ikan sebelah itu,pokok kelapa dan juga lampu-lampu kapal itu akan masih ada lagi. tunggulah..aku akan kembali!!!

salam...indahnya kngn...moga kngn itu dpt d ulangi dgn shbt2 lain yg mgkin lagi baik dari watak2 yg dcritakan...tp, persoalannya, mungkinkah kngn dpt d ulangi? kdgkala..kngn lama dhapuskn dgn kngn baru yg lbih indah...
ReplyDeletekadangkala...terasa madah2 kngn d pangkalan balak seperti sebuah memori yg dtujukn utk seseorang...bukan sekadar utk bacaan semua pelawat blog ni...tapi seakan luahan ati...sekadar komen..
ReplyDeletehm..betul..sebab,apabila masa berubah,hati manusia juga akan pelan-pelan berubah tanpa manusia itu sendiri menyedarinya.sebab itu, segala peluang dan ruang yang ada kita perlu menghargainya...
ReplyDelete