Hari ini,hari terakhir aku di Keris Mas...kolej yang penuh dengan ragam dan perangai manusia yang pelbagai ini kelihatan begitu lengang sekali seolah-olah tidak berpenghuni.Mungkin kerana semua dah pun pulang ke kampung halaman masing-masing.Terasa bosan betul bila hidup tanpa teman yang ramai.Hidup terasa sunyi sepi,umpama lagu tanpa irama..
Betullah kata seorang penulis, hidup tanpa berteman umpama banduan di penjara.Hidup dalam sel-sel yang berdindingkan tembok besi bertirai besi.Pandang kiri,kanan,depan dan belakang semuanya hitam,gelap dan sunyi belaka.Hidup sunyi sepi sebegitu boleh sebenarnya membuatkan banduan-banduan itu membunuh diri sendiri dek kerana terlalu sunyi kerana tidak 'berdunia' dengan orang lain.Cumanya,aku bersyukur sebab kesunyian yang aku lalui itu tidaklah seteruk itu.
Kaca dan permata.Simbolik kepada pilihan jawapan jenis item terbuka.Sama ada batu atau sabut, kedua-duanya perlu dipilih tanda kita bijak dan berani membuat pilihan.Sama ada akan timbul atau tenggelam salah satu antara keduanya, nilailah sendiri.itulah pilihan kita.asalkan kita tidak tersilap memilih, maka buatlah pilihan tentang apa saja..

"Kaca dan permata.Simbolik kepada pilihan jawapan jenis item terbuka.Sama ada batu atau sabut, kedua-duanya perlu dipilih tanda kita bijak dan berani membuat pilihan..."-xfaham ayat ni wahai tuanku... =P
ReplyDelete