Cuti semester bakal berkunjung lagi...terasa begitu sekejap sahaja semester in, malah terasa seakan-akan seperti baru semalam saja aku mendaftar masuk sebagai penghuni kolej di sini.. agaknya kan,sebab sistem pembelajaran di UKM ini berasaskan semester agaknya, membuatkan masa yang berjalan terasa begitu pantas dan tuntas sekali.takpun, mungkin kerana dunia sendiri yang semakin tua..alahai...
Hm...cuti kali ini hampir dua bulan.lama dan panjang...terfikir selalu apalah yang akan aku lakukan sepanjang cuti semester ini.kalau cuti semester lalu, aku dikehendaki menjalani latihan pra-praktikal di sebuah sekolah menengah, cuti kali ini apa pula ya...tapi rasa-rasa, mak dan ayah terutama ayah sendiri mungkin sangat memerlukan khidmat aku untuknya..maklumlah, sekarang kan dah nak masuk musim buah-buahan..siapa lagi yang boleh diharapkan..nak harapkan abang, dia sibuk dengan urusan mahkamahnya yang aku rasa tak pernah ada tanda-tanda akan selesai dalam tempoh masa terdekat...adik lelaki yang bongsu?...hm rasanya tak pernah aku lihat dia betul-betul berminat dalam bab dusun-dusun ni. agaknya, patutlah ayah selalu mengajarku itu ini, begitu dan begini caranya nak menjaga dusun milik ayah...tak mengapalah ayah..aku tentu boleh saja..lagipun anak ayah ini bukan selalu berada di rumah kan...
Tak sabar rasanya nak balik ke kampungku yang indah permai.rindu nak tengok mak ayah,buyun,cik,maklong,paklong,tok siak Majid yang selalu datang ke masjid tua di kampung..selalu teringat bibirnya yang suka menyambutku dengan senyuman bila setiap kali melihat kelibatku datang ke masjid. agaknya, dia perlukan tenaga orang muda yang lebih ramai datang sama-sama memakmurkan rumah milik Allah itu...azamku semester kali ini, mahu lebih kerap lagi mengunjungi masjid itu, walaupun aku sendiri tahu kadang-kadang aku juga tidak berkesempatan untuk tujuan itu dek kerana tentunya mak mahu aku jadi 'driver' nya nanti untuk menemaninya ke sana sini nanti..alahai...sayang sungguh pada mak...
Ah...risau aku dibuatnya bila memikirkan pasal kolej yang bakal aku duduki pada semester akan datang...Ya Allah..kau permudahkanlah segala urusanku...amin...

No comments:
Post a Comment