Saturday, April 18, 2009

Membina Imiginasi Cemerlang...


Kata orang, tak kenal maka tak cinta. tak kenal budi, maka mana mungkin tersingkapnya peribadi diri. Sebenarnya kan, ketika bersahabat atau berkomunikasi itu, pada asasnya kita sekadar cuma mengenali seseorang itu hanya melalui tanggapan awal sahaja..cara tutur kata,gerak geri, tingkah laku serta sikap itu menjadi ukuran awal sebagai tanggapan mula terhadap seseorang insan bernama manusia..namun, apabila cuba kita selami dengan lebih mendalam, ragam itu rupanya sangat pelbagai. adakalanya, kita melihat seseorang itu kelihatan peramah sekali tika berbicara, tp dalam keadaan yang seperti itu,kita tidak patut lupa bahawa, dalam keramahan itu sebenarnya terdapat duka tersembunyi yang kita sendiri tidak dapat meneka, apatah lagi merasa. Tuntasnya, orang seperti ini tidak patut untuk tidak diambil peduli, sebaliknya adalah wajar dan perlu sekali untuk kita mendekati serta cuba membantunya bagaimana cara yang terbaik untuk meningkatkan motivasi diri seterusnya membina imiginasi cemerlang!

No comments:

Post a Comment