Ini lah suasana kampung...damai dan paling utama menenangkan fikiran...
Saturday, April 25, 2009
Friday, April 24, 2009
Siapa Menilai Siapa?
Di dalam kehidupan, kita sebenarnya dinilai oleh manusia, ini termasuklah rakan-rakan, teman sama ada yang baru atau sudah sekian lama kita kenali. Kita mestilah sedar dan menerima hakikat ini..kawan, akan sentiasa memerhati dan menilai diri kita dari segenap aspek, contoh macam gerak geri, pertuturan, sikap, kejujuran, keyakinan diri, ketegasan dan kemampuan kita untuk menghargai mereka.. sedar atau tidak, persepsi yang positif kawan terhadap kita sebenarnya memudahkan pergaulan dengan mereka kerana mereka akan bersikap lebih terbuka dan lebih bersedia menerima kita..tetapi, keadaan berlaku sebaliknya jika sikap kita yang sudahla biadap, ego, pentingkan diri sendiri serta tidak mahu memahami erti serta nilai seorang kawan. Kualiti-kualiti yang negatif dan tidak berkualiti inilah yang akan menjejaskan persepsi dan harapan kawan,rakan serta teman terhadap kita..
Setiap orang akan terus mengingati sahabat-sahabat mereka, walaupun telah lama meninggalkan mereka...Kepada diri sendiri selaku pencetus idea, tidak ada ganjaran dan kepuasan diri yang lebih besar selain daripada melihat rakan-rakan serta teman berjaya dalam hidup, hasil dari tanggungjawab sebagai rakan sebaya yang dilaksanakan secara jujur, ikhlas dan murni kerana Allah swt...
Setiap orang akan terus mengingati sahabat-sahabat mereka, walaupun telah lama meninggalkan mereka...Kepada diri sendiri selaku pencetus idea, tidak ada ganjaran dan kepuasan diri yang lebih besar selain daripada melihat rakan-rakan serta teman berjaya dalam hidup, hasil dari tanggungjawab sebagai rakan sebaya yang dilaksanakan secara jujur, ikhlas dan murni kerana Allah swt...
Saturday, April 18, 2009
Membina Imiginasi Cemerlang...

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. tak kenal budi, maka mana mungkin tersingkapnya peribadi diri. Sebenarnya kan, ketika bersahabat atau berkomunikasi itu, pada asasnya kita sekadar cuma mengenali seseorang itu hanya melalui tanggapan awal sahaja..cara tutur kata,gerak geri, tingkah laku serta sikap itu menjadi ukuran awal sebagai tanggapan mula terhadap seseorang insan bernama manusia..namun, apabila cuba kita selami dengan lebih mendalam, ragam itu rupanya sangat pelbagai. adakalanya, kita melihat seseorang itu kelihatan peramah sekali tika berbicara, tp dalam keadaan yang seperti itu,kita tidak patut lupa bahawa, dalam keramahan itu sebenarnya terdapat duka tersembunyi yang kita sendiri tidak dapat meneka, apatah lagi merasa. Tuntasnya, orang seperti ini tidak patut untuk tidak diambil peduli, sebaliknya adalah wajar dan perlu sekali untuk kita mendekati serta cuba membantunya bagaimana cara yang terbaik untuk meningkatkan motivasi diri seterusnya membina imiginasi cemerlang!
Monday, April 13, 2009
KISASIAN...

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH...Bumi Waqafan yang pada asalnya sebuah istana di atas sebidang tanah milik seorang raja. Mana mungkin sekolah serba kekurangan dari segi kemudahan infrastruktur itu menjadi rebutan para ibu bapa, golongan cendekiawan serta profesional kalau mereka tidak mengetahui 5 perkara yang begitu unik sekali di sekolah itu...
kenapa ya? mungkin disebabkan 5 perkara istimewa itulah yang membuatkan mereka begitu tertarik sekali untuk meletakkan anak mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, sama seperti pelajar-pelajar lain...sebenarnya 5 perkara itulah yang menjadi warisan sejak turun-temurun...bangganya menjadi warga kolej itu...
5 UNIQUE IN KISAS:
-TEACHERS
-FRIENDS
-UKHUWWAH
-TARBIYYAH
-BI'AH HASANAH
Bangga dan syukur menjadi sebahagian daripada mereka.
Ayuh warga Kisas, mari kita teruskan modus operandi warisan kita!
love KIM,KIK,KISAS...
kenapa ya? mungkin disebabkan 5 perkara istimewa itulah yang membuatkan mereka begitu tertarik sekali untuk meletakkan anak mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, sama seperti pelajar-pelajar lain...sebenarnya 5 perkara itulah yang menjadi warisan sejak turun-temurun...bangganya menjadi warga kolej itu...
5 UNIQUE IN KISAS:
-TEACHERS
-FRIENDS
-UKHUWWAH
-TARBIYYAH
-BI'AH HASANAH
Bangga dan syukur menjadi sebahagian daripada mereka.
Ayuh warga Kisas, mari kita teruskan modus operandi warisan kita!
love KIM,KIK,KISAS...
Bertemu lagi...
sebenarnya kan, anak nelayan perlu lebih gigih berusaha untuk belajar...mereka patutnya lebih termotivasi dengan sendirinya apabila melihat bapa mereka yang setiap hari terolang-oleng dimainkan ombak serta lautan yang seringkali membadai tanpa kenal erti penat dan jemu...
saya merasai pengalaman itu...
saya merasai pengalaman itu...
Saturday, April 11, 2009
Bertemu kembali...

Hari ini, corak pembentukan politik negara sekali lagi berubah..Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia apabila Tun Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Dengan naiknya Najib sebagai PM, maka benar lagi tepatlah teori R.A.H.M.A.N yang selama ini dijangkakan oleh ramai pihak, termasuklah saya sendiri yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di Malaysia ini...persoalannya, adakah Najib bersama barisan kabinetnya mampu melakukan sesuatu yang mampu menstabilkan ekonomi Malaysia yang pada masa ini sedikit gundah terasa kesannya akibat kemerosotan ekonomi dunia yang kian meruncing? pada kaca mata pembangkang, modus operandinya tetap sama dan serupa... najib mesti dijatuhkan! dengan nama demokrasi rakyat, apakah idea pembangkang pada kali ini? mari kita sama-sama saksikan dan menilai dimanakah demokrasi seperti yang dicanang-canangkan...
Thursday, April 9, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Subscribe to:
Comments (Atom)

