Sunday, July 5, 2009
Bertemu kembali...
Hari ini hari pendaftaran untuk semester 1 sesi 2oo9/2010. semester baru,maka azam pun tentulah yg baru juga.untuk sem yang baru ni, diharapkan lebih tabah,berani dan lebih maju berdaya saing.semuanya demi mencipta masa depan yang gemilang...
Sunday, May 10, 2009
Antara kaca dan permata...
Hari ini,hari terakhir aku di Keris Mas...kolej yang penuh dengan ragam dan perangai manusia yang pelbagai ini kelihatan begitu lengang sekali seolah-olah tidak berpenghuni.Mungkin kerana semua dah pun pulang ke kampung halaman masing-masing.Terasa bosan betul bila hidup tanpa teman yang ramai.Hidup terasa sunyi sepi,umpama lagu tanpa irama..
Betullah kata seorang penulis, hidup tanpa berteman umpama banduan di penjara.Hidup dalam sel-sel yang berdindingkan tembok besi bertirai besi.Pandang kiri,kanan,depan dan belakang semuanya hitam,gelap dan sunyi belaka.Hidup sunyi sepi sebegitu boleh sebenarnya membuatkan banduan-banduan itu membunuh diri sendiri dek kerana terlalu sunyi kerana tidak 'berdunia' dengan orang lain.Cumanya,aku bersyukur sebab kesunyian yang aku lalui itu tidaklah seteruk itu.
Kaca dan permata.Simbolik kepada pilihan jawapan jenis item terbuka.Sama ada batu atau sabut, kedua-duanya perlu dipilih tanda kita bijak dan berani membuat pilihan.Sama ada akan timbul atau tenggelam salah satu antara keduanya, nilailah sendiri.itulah pilihan kita.asalkan kita tidak tersilap memilih, maka buatlah pilihan tentang apa saja..

Wednesday, May 6, 2009
Suatu hari,sebuah kereta kecil...
Selalu kita menyangka, apa yang ada di tangan orang semuanya cantik, indah dan menawan; apa yang ada di tangan sendiri sebagai kurang berkualiti. Selalu kita meletakkan impian yang tinggi menggunung pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki..
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagian kita. Ada kalanya, setelah kita miliki itulah punca masalah.Jangan sangka semua yang cerah bakal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan...
Usah sangka kereta berjenama paling mahal tidak memberikan masalah. ada kalanya meragam juga. usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakalanya dia lebih mengerti kehendak hati kita..
Justeru, rasanya kita tidak perlu bersusah hati sangat, yang handsome, yang berjawatan tinggi tidak mampu kita miliki, sebab yang buruk dan berjawatan biasa mungkin lebih sesuai untuk kita.Siapa tahu...
mari kita sama-sama renungkan...

Monday, May 4, 2009
Hatiku milik ayah bonda...
Cuti semester bakal berkunjung lagi...terasa begitu sekejap sahaja semester in, malah terasa seakan-akan seperti baru semalam saja aku mendaftar masuk sebagai penghuni kolej di sini.. agaknya kan,sebab sistem pembelajaran di UKM ini berasaskan semester agaknya, membuatkan masa yang berjalan terasa begitu pantas dan tuntas sekali.takpun, mungkin kerana dunia sendiri yang semakin tua..alahai...
Hm...cuti kali ini hampir dua bulan.lama dan panjang...terfikir selalu apalah yang akan aku lakukan sepanjang cuti semester ini.kalau cuti semester lalu, aku dikehendaki menjalani latihan pra-praktikal di sebuah sekolah menengah, cuti kali ini apa pula ya...tapi rasa-rasa, mak dan ayah terutama ayah sendiri mungkin sangat memerlukan khidmat aku untuknya..maklumlah, sekarang kan dah nak masuk musim buah-buahan..siapa lagi yang boleh diharapkan..nak harapkan abang, dia sibuk dengan urusan mahkamahnya yang aku rasa tak pernah ada tanda-tanda akan selesai dalam tempoh masa terdekat...adik lelaki yang bongsu?...hm rasanya tak pernah aku lihat dia betul-betul berminat dalam bab dusun-dusun ni. agaknya, patutlah ayah selalu mengajarku itu ini, begitu dan begini caranya nak menjaga dusun milik ayah...tak mengapalah ayah..aku tentu boleh saja..lagipun anak ayah ini bukan selalu berada di rumah kan...
Tak sabar rasanya nak balik ke kampungku yang indah permai.rindu nak tengok mak ayah,buyun,cik,maklong,paklong,tok siak Majid yang selalu datang ke masjid tua di kampung..selalu teringat bibirnya yang suka menyambutku dengan senyuman bila setiap kali melihat kelibatku datang ke masjid. agaknya, dia perlukan tenaga orang muda yang lebih ramai datang sama-sama memakmurkan rumah milik Allah itu...azamku semester kali ini, mahu lebih kerap lagi mengunjungi masjid itu, walaupun aku sendiri tahu kadang-kadang aku juga tidak berkesempatan untuk tujuan itu dek kerana tentunya mak mahu aku jadi 'driver' nya nanti untuk menemaninya ke sana sini nanti..alahai...sayang sungguh pada mak...
Ah...risau aku dibuatnya bila memikirkan pasal kolej yang bakal aku duduki pada semester akan datang...Ya Allah..kau permudahkanlah segala urusanku...amin...

Friday, May 1, 2009
Ombak pantai dan sebuah kenangan...
Hari ini, aku terkenang lagi...tentang erti sebuah kenangan, cerita lama dan sebuah kisah persahabatan yang menjadi igauan yang sering bermain di kotak fikiran..tentang cerita di sebuah pantai yang pada mulanya bagiku sama sahaja bunyi ombaknya dengan pantai-pantai lain yang pernah aku kunjungi.tapi pantai yang ini berbeza sekali.kenapa ya?sebab mungkin kerana pengalaman yang baru kurasa pada hari itu begitu menggamit perasaan dan juga memoriku.malam itu hujan renyai-renyai menjengah lagi setelah pada hari petangnya hujan sungguh lebat sekali seakan-akan sedia menyambut kedatangan kami di pangakalan ini.Pada petangnya aku tertidur dengan begitu lena sekali, mungkin kerana rasa letih yang menyelubungi diri sejak mula menaiki bas yang disewa khas membawa kami ke sana..
Selama ini, aku sekadar melihat saja bagaimana penjual ayam percik atau sate kelihatan bertungkus-lumus sekali tatkala mereka cuba untuk menyalakan api..tetapi pada malam sejarah itu, aku sendiri mencuba dan merasai pengalaman itu bila aku turut serta menyalakan api untuk membakar ayam dan juga sosej.terasa begitu sukar sekali rupanya.walaupun tidaklah sehebat atau secekap mereka, tapi aku bersyukur sekali, malah aku puas hati sendiri bila melihat api marak meratah arang yang hitam legam itu.alahai...
Malam itu, aku diminta menjadi pengerusi majlis bagi meraikan kawan-kawan yang datang. Umpama bidan terjun, aku biarkan saja lidahku mengatur kata. alhamdulillah..dapat kurasakan Tuhan mempermudahkan segala urusan serta perancanganku pada malam itu. selesai majlis tidak rasmi itu, aku sempat berbual malah bergambar dengan teman-teman yang baru ku kenali, nama-nama yang baru dalam kamus hidupku:arnie, satina, aisyah, hakim, halim, yus syakirin, arshad serta ramai lagi yang kukira begitu serasi sekali dengan jiwaku...
Esoknya, aku bangun paling awal, mengejutkan teman-teman sebilik denganku untuk menunaikan solat subuh berjamaah. alhamdulillah, dalam keadaan bilik serba sempit itu, ibadah rutin itu masih lagi dapat kami tunaikan. semuanya kerana rezeki, peluang serta ruang daripada Allah..aku bersyukur sendiri dalam hati...
Pada pagi itu, kami disajikan dengan pelbagai aktiviti permainan yang bagiku begitu menarik dan menghiburkan hati. aku kira, kawan-kawan yang lain juga turut merasakan perkara yang sama sepertiku berdasarkan riak wajah mereka yang begitu ceria. lihat sahaja gelagat si Faizal dan Maria yang mencuit hati seperti budak-budak, sedangkan mereka berdualah yang paling tua. itu belum termasuk celoteh si Satina yang petah berbicara yang ku fikir tanpanya mungkin suram dan biasa saja 'family day' kami pada kali ini...tetapi seperti biasa, aku sedar itu cuma sekadar dalam kiraanku dan tidak pernah lebih dari itu..
Dalam keseronokan itu, sayup-sayup dari jauh, anak mataku terlihat pada sebuah sampan kecil bersama pemiliknya yang aku fikir seorang nelayan pantai kelihatan terolang-oleng (aku kira, ini adalah bahasa ciptaanku sendiri) dilambung ombak. aku begitu tertarik sekali melihatnya. entah kenapa hatiku terasa begitu ingin sekali menaikinya. tapi jauh dari sudut itu, hatiku bermonolog sendiri, memujuknya bahawa sampan kecil itu bukan milikku...dan aku sedar akan hal tu..aku jerit pada Satina dan Aisyah, yang kedua-duanya baru aku kenali, supaya menggamit perhatian nelayan pantai itu supaya membawa mereka berdua pulang ke negeri kedah dengan menaiki sampan kecil tersebut..hm..ceria sekali ku lihat wajah mereka bila ku usik sebegitu...
Mungkin sudah menjadi rezeki untukku, sampan itu ku lihat dari jauh ditinggallkan oleh tuannya seketika..lantas aku ajak salah seorang daripada kawan-kawan aku itu pergi ke sampan itu untuk mencubanya.entah di tanganku kamera siapa yang aku pegang, aku bawa bersama..sebab dalam fikiranku ketika itu, peluang untuk bergambar kenangan di atas sampan itu mungkin terbuka cuma sekali, dan aku tidak harus mensia-siankannya begitu saja...kami berjalan, tetapi aku kadangkala berlari menuju ke sampan orang itu untuk melihat apa yang terisi di dalamnya..
bila sampai, aku lihat isinya ada..ada ikan-ikan kecil, udang dan paling tidak dapatku lupa, ikan sebelah..sebelah yang macam mana?entah, tidak pandai aku menjelaskannya. mungkin kerana aku tidak pernah melihat ikan yang aku sifatkan ganjil itu sebelum ini..itu pun setelah kawan aku itu yang tidak segan menjelaskan kepadaku yang ikan itu begitu dan begini...terima kasih padanya..
Gambar demi gambar kami ambil, seorang di tepi sampan, seorang di tengah sampan, seorang di atas sampan..macam-macam gaya ada..kelakar...tanpa kami sedari, rupanya kawan-kawan yang lain dari jauh memerhatikan kami dan terus berlari beramai-ramai menuju kepada kami...terasa begitu ramai pula...tetapi seperti kata orang, ramai-ramai membawa sepakat. maka sepakatlah kami mengambil tempat di samping sampan itu untuk mengambil gambar. tetapi sepakat yang kami fikir itu sebenarnya membuatkan pemilik sampan itu merasa kurang selesa...maklumlah, sampan itu kan kecil dan agak lusuh juga...
Penatnya...
Petang hari yang sama, kami bersiap bertolak pulang ke universiti. Bila menaiki bas, sempat aku intai ke sampan itu..sebenarnya bukan sampan itu semata, apa saja yang pernah menjadi kenangan, semua itu lah yang aku lihat semula..jauh dari sudut hati, aku berkata kepada diri, suatu hari nanti, aku akan datang semula..biarpun sampan buruk itu sudah tiada lagi, biarpun batang kelapa yang tumbang menyembah pasir halus pantai itu sudah tiada lagi..biarpun lampu-lampu kapal yang berkerlipan jauh di tengah lautan seperti malam itu sudah terpadam,tetapi pantai itu masih akan tetap ada dan wujud. meskipun bentuknya mungkin akan berubah bila terhakis dek ombak pantai..sebab aku pernah memiliki kenangan di situ. pantai pangkalan itulah yang aku belajar darinya banyak perkara, tentang erti persahabatan, kawan, dan macam-macam lagila. namun aku selalu berharap, mudahan sampan, ikan sebelah itu,pokok kelapa dan juga lampu-lampu kapal itu akan masih ada lagi. tunggulah..aku akan kembali!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)